Kehidupan awal Sultan_Iskandar_ibni_Almarhum_Sultan_Ismail

Kerabat diraja Johor dalam majlis hari lahir Dr Heah Hock Chye pada 1956. Tunku Mahmud Iskandar berdiri paling kiri.

Sultan Iskandar (dikenali sebagai Tunku Mahmud Iskandar[γ] sehingga tahun 1981) ialah anakanda ketiga kepada Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad, yang putera pada jam 11:30 pagi Jumaat 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru.[21] (Baginda ada dua kakanda, tetapi kedua-duanya mangkat pada usia bayi.)[22] Tunku Mahmud menerima pendidikan di Sekolah Rendah Ngee Heng Primary School dan Maktab Inggeris (kini Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru. Pada 1952, baginda dihantar ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School. Setelah tamat pengajian pada tahun 1953, Tunku Mahmud pergi ke Isle of Wight di United Kingdom untuk memasuki Upper Chime School selama tiga tahun.[23] Setelah selesai menuntut ilmu, Tunku Mahmud kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1956 untuk menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor untuk masa yang singkat.[24] Baginda menjadi pegawai kadet yang bertanggungjawab atas hal ehwal dalam Jabatan Hal Ehwal Daerah, Tanah dan Perbendaharaan sehingga ditabal sebagai Tunku Mahkota Johor pada bulan Mei 1959.[9]

Rujukan

WikiPedia: Sultan_Iskandar_ibni_Almarhum_Sultan_Ismail http://www.capi.uvic.ca/pubs/oc_papers/GILLEN.pdf http://www.asiaone.com/Health/News/Story/A1Story20... http://www.bernama.com/bernama/state_news/news.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://www.bernama.com/bernama/v5/news_lite.php?id... http://www.bernama.com/bernama/v5/news_lite.php?id... http://www.everysingleplace.com/features/7576154-t... http://www.iht.com/articles/1992/12/15/mayl.php http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9A0... http://d.scribd.com/docs/1qk1gf12zfh2pc7brw49.pdf